Bekas pengurus Everton meninggal dunia

Bekas pengurus Everton meninggal dunia

LONDON, 18 Okt – Pengurus Everton yang paling berjaya Howard Kendall, yang menerajui kelab Merseyside itu ke kejuaraan liga Inggeris dalam tahun 1980an, meninggal dunia semalam pada usia 69 tahun.

“Dengan sedihnya Kelab Bola Sepak Everton dimaklumkan mengenai kematian Howard Kendall,” kata Everton dalam satu kenyataan melalui laman sesawang mereka (www.evertonfc.com).

“Pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab dan salah seorang pemain hebat yang mengenakan jersi Everton. Beliau meninggal dunia di hospital Southport pagi ini pada usia 69 tahun, dengan dikelilingi oleh anggota keluarga.”

Sehubungan itu diadakan sesi bertafakur untuk Kendall sebelum perlawanan Everton menentang Manchester United pada semalam.

Sepanjang mula berkhidmat di Goodison Park, mendiang membantu Everton keluar daripada bayangan jiran mereka Liverpool, termasuk dengan memenangi kejohanan liga dalam tahun 1985 dan 1987. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA