Bekas penuntut STPRI anjur reunion

Bekas penuntut STPRI anjur reunion

Oleh Hardy AJ

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengumpul bekas rakan-rakan kelas dan mengenang kembali zaman sekolah, bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, (STPRI), baru-baru ini menganjurkan Majlis Reunion bagi Penuntut Persekolahan STPRI Tahun 1962-1968 di Hotel Orchid Garden, Berakas.

Acara yang diungkayahkan oleh Pengiran Datin Hajah Zubaidah dan Datin Hajah Masnah itu antara lain bertujuan untuk mengalu-alukan bekas pelajar ke dalam kumpulan itu dan membolehkan mereka untuk mengikuti acara-acara pertemuan semula nanti serta dapat membincangkan penganjuran aktiviti-aktiviti lain di masa akan datang.

Ianya juga diharapkan agar lebih ramai ahli akan menyertai kumpulan bekas penuntut tersebut dengan pertolongan ahli-ahli yang sedia ada.

Antara bekas pelajar STPRI tahun 1962-1968 semasa Majlis reunion tersebut.
Antara bekas pelajar STPRI tahun 1962-1968 semasa Majlis reunion tersebut.

Kebanyakan daripada bekas penuntut dalam pertemuan itu baru berjumpa, dan ada juga yang tidak berhubung lagi semenjak meninggalkan alam persekolahan masing-masing.

Pengiran Datin Hajah Zubaidah dan Datin Hajah Masnah melahirkan harapan bahawa dengan perjumpaan pertama itu, lebih banyak aktiviti sepertinya akan diadakan dan diharap kumpulan tersebut akan berkembang menjadi sebuah keluarga besar bekas penuntut STPRI.