Bekas perajurit bertahlil di Kubah

Bekas perajurit bertahlil di Kubah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Serombongan 100 orang ahli Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam hari ini mengadakan Majlis Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Hadir pada majlis berkenaan ialah mantan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Lailraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof yang juga Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Penasihat Persatuan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud, juga mantan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Rombongan telah diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Haji Hashim bin Haji Zainal Abidin.

Majlis merupakan sebahagian daripada kegiatan agama persatuan itu sempena Ramadan.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menghadiri tahlil Persatuan Bekas Perajurit.  - Gambar oleh Azrol Azmi
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menghadiri tahlil Persatuan Bekas Perajurit. – Gambar oleh Azrol Azmi

ARTIKEL YANG SAMA