Bekas peserta Program SSEAYP 2006 agih bubur

Bekas peserta Program SSEAYP 2006 agih bubur

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Projek Amal Bubur Lambuk anjuran Bekas Peserta Kapal Belia SSEAYP 2006 sempena bulan Ramadan tahun 2015/1436H, diadakan hari ini yang antara lain bertujuan bersedekah sambil mengeratkan silaturahim ketika bergotong royong menjalankan projek berkenaan.

Acara dimulakan pada pukul 8 pagi dengan bacaan doa oleh Awang Fathi Fuad bin Dato Haji Abu Bakar. Idea mengadakan acara itu datangnya daripada Md Firdaus bin Ghazali yang telah mengadakan acara ini buat kali kedua tahun ini.

Selain itu acara tersebut juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antara bekas-bekas kapal belia dan orang ramai untuk sama-sama beramal di bulan Ramadan.

Sebanyak 300 bubur disediakan di kediaman bekas peserta Kapal Belia SSEAYP 2006 iaitu Abdul Wafi bin Haji Jumat, Kampung Bengkurong, yang kemudiannya diagihkan ke beberapa tempat tertentu kira-kira pukul 1 petang.

Antara Bekas Peserta Kapal Belia SSEAYP 2006 yang bergotong royong membungkus bubur lambuk.
Antara Bekas Peserta Kapal Belia SSEAYP 2006 yang bergotong royong membungkus bubur lambuk.
Antara orang ramai yang menerima sumbangan bubur lambuk di kawasan Dermaga Diraja.
Antara orang ramai yang menerima sumbangan bubur lambuk di kawasan Dermaga Diraja.

Antara tempat terpilih untuk pengagihan bubur lambuk tersebut ialah kawasan tambing Kompleks Membeli Belah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pesakit Komuniti Jabatan Psikiatri, Hospital Raja Isteri penguran Anak Saleha, Rumah Sinar Sejahtera & Rumah Cahaya Sejahtera, Jabatan Psikiatri, Hospital RIPAS, Masjid Masin, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Masjid Kilanas, Masjid Tanjung Bunut, Masjid Bengkurong, Masjid Lambak Kanan dan dua rumah 10 dan 11 keluarga kurang berkemampuan di Kampung Junjungan.