Bekas peserta SSEAYP ke-40 rai Aidilfitri

Bekas peserta SSEAYP ke-40 rai Aidilfitri

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) ke-40, Tahun 2013, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak yatim, di Dewan Serba guna, Pusat Belia, di ibu negara, malam kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud, dan dihadiri sama bekas Ketua Pasukan Brunei SSEAYP 2013, Dayang Fatimah binti Haji Metali, ketua-ketua bahagian dan pegawai Jabatan Belia dan Sukan, dan para jemputan.

Menurut kenyataan, dengan adanya sambutan seperti itu dan sejajar dengan bulan Syawal yang sudah sampai ke penghujungnya, pihak penganjur mengambil kesempatan untuk berkongsi kegembiraan dan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara bekas peserta rancangan kapal belia bersama anak-anak yatim.

Di majlis itu, sumbangan derma turut diserahkan kepada ahli keluarga mangsa rumah kebakaran di flet Kampung Anggerek Desa baru-baru ini iaitu Awang Nasrul Bahri bin Haji Hasbie Azrol.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bekas peserta SSEAYP ini turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan dan pelbagai hidangan juadah raya.

Bekas peserta SSEAYP bergambar ramai di majlis Sambutan Hari Raya.
Bekas peserta SSEAYP bergambar ramai di majlis Sambutan Hari Raya.

ARTIKEL YANG SAMA