Bekas peserta SSEAYP ziarahi keluarga angkat

Bekas peserta SSEAYP ziarahi keluarga angkat

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 11 Julai – Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim, bekas peserta Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) telah meraikan Sambutan Hari Raya bersama rakan-rakan dari seluruh ASEAN dan Jepun yang berada di Negara Brunei Darussalam.

‘Berkonvoi’ dan bedudun beramai-ramai bersama bekas-bekas peserta SSEAYP ke rumah-rumah keluarga angkat mereka telah menjadi salah satu tradisi dan aktiviti tahunan Aidilfitri.

Seramai lebih 50 orang bekas peserta SSEAYP telah mengikuti aktiviti beraya ke rumah keluarga angkat mereka baru-baru ini yang meliputi kawasan di Daerah Brunei dan Muara.

Salah seorang bekas peserta SSEAYP yang mengikuti aktiviti berkonvoi tersebut, Alya Syafiqah mengongsikan dengan gembiranya menjelaskan bahawa pada waktu inilah merupakan peluang terbaik mereka iaitu bekas peserta SSEAYP untuk menziarahi keluarga angkat masing-masing dan mengenali lebih dekat saudara mara mereka.

“Peluang sebegini amat dihargai oleh rakan-rakan SSEAYP bila mana mereka berpeluang mengalami suasana sebenar cara hidup orang Brunei, tata susila dalam berkunjung serta tertib orang Brunei melayan para tetamu yang berkunjung,” jelasnya.

Gambar ramai bekas peserta SSEAYP meraikan Sambutan Hari Raya bersama rakan-rakan dari seluruh ASEAN dan Jepun yang berada di Negara Brunei Darussalam.
Gambar ramai bekas peserta SSEAYP meraikan Sambutan Hari Raya bersama rakan-rakan dari seluruh ASEAN dan Jepun yang berada di Negara Brunei Darussalam.

Pada masa ini, rakan SSEAYP yang datang ke negara ini amat teruja untuk kelihatan segak dan menawan dengan mengenakan pakaian tradisi Brunei seperti memakai baju cara Melayu bersinjang serta bersongkok dan baju kurung bertudung bagi peserta perempuan.

Acara berkonvoi ke rumah keluarga angkat tersebut akan diteruskan lagi selama lima hari yang meliputi kawasan Daerah Tutong, Brunei dan Muara serta Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA