Bekas PM Romania disiasat

Bekas PM Romania disiasat

BUCHAREST, 7 Sept – Bekas Perdana Menteri Romania, Victor Ponta sedang disiasat atas dakwaan penyelewengan dana yang dikaitkan dengan lawatan bekas pemimpin luar pada tahun 2012 ke Bucharest, kata pendakwa raya semalam.

Pendakwa raya tidak menyebut nama pemimpin luar tersebut, namun Sebastian Ghita, seorang ahli perniagaan yang disoal pendakwa raya kelmarin memberitahu agensi berita Mediafax bahawa siasatan itu memfokuskan kunjungan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. – AP