Bekas PM Rusia meninggal dunia

Bekas PM Rusia meninggal dunia

MOSCOW, 26 Jun (AFP) – Yevgeny Primakov, bekas perdana menteri Rusia, menteri luar negeri dan ketua perisik, telah meninggal dunia, menurut Kremlin hari ini.

Primakov, yang karier politiknya bermula pada era Soviet, meninggal dunia pada usianya 85 tahun.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu para wartawan bahawa Presiden Vladimir Putin telah pun mengesahkan kematian Primakov dan sangat berdukacita, namun tidak memberi butiran lanjut. Lahir di bandar Kive, Ukraine pada 1929, Primakov telah dibesarkan di Tbilisi, bandar Georgia.

Selepas tamat ijazah sebagai seorang sarjana Arab dari Institut Pengajian Ketimuran Moscow pada 1953, dia pernah menjadi salah seorang wartawan bagi radio dan televisyen kerajaan, termasuk jawatan di Timur Tengah pada tahun 1960-an.

Gambar fail yang diambil pada 4 Oktober 1998 menunjukkan Perdana Menteri Rusia, Yevgeny Primakov ketika menyampaikan ucapannya di Moscow. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 4 Oktober 1998 menunjukkan Perdana Menteri Rusia, Yevgeny Primakov ketika menyampaikan ucapannya di Moscow. – AFP

Dia menyertai parlimen Soviet pada 1988 dan mempengerusikan dewan perundangan pada 1989-90. Dia memainkan peranan penting dalam usaha gagal untuk mengalihkan Perang Teluk 1991 apabila ketua Soviet, Mikhail Gorbachev menghantarnya untuk berunding di Baghdad bersama pemimpin Iraq, Saddam Hussein.

ARTIKEL YANG SAMA