Bekas polis dituduh rogol dua beradik

Bekas polis dituduh rogol dua beradik

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Seorang bekas anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan merogol dua adik-beradik di sebuah rumah di Kampung Telanai pada tahun 2007 dan 2000.

PC 4999 Mohamed Mahathir bin Mohamed Husain, 33, untuk pertuduhan pertama didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun, yang mana kejadian berlaku sekitar Februari 2007.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 376(1) Kanun Hukuman Jenayah, Bab 22 yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan sebat.

Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh juga didapati merogol seorang lagi mangsa yang ketika itu berusia tujuh tahun dalam dua kejadian berasingan pada 11 Oktober 2000, dan pada malam antara Oktober dan Disember 2000.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 376(2) Kanun hukuman Jenayah, Bab 22 yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak melebihi daripada 30 tahun, dan juga boleh dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Hakim Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman menetapkan 8 Jun untuk sebutan semula kes, dan membenarkan tertuduh diikat jamin $10,000 atau dua orang penjamin tempatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan PeNdakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA