Bekas Presiden AS dimasukkan ke hospital

Bekas Presiden AS dimasukkan ke hospital

WASHINGTON, 16 Julai – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H W Bush dilaporkan jatuh dan patah tulang lehernya semalam, berikutan laporan bahawa bekas pemimpin itu dimasukkan ke hospital sekali lagi.

“Keadaannya stabil, ia adalah baik, tetapi dia masih memakai pendakap leher,” menurut jurucakap Bush, Jim Mc Grath yang menulis di laman twitternya.

Bekas presiden berusia 91 tahun itu, dilaporkan jatuh di Kennebunkport, Maine, semalam, dirawat di sebuah hospital di bandar Portland kira-kira 30 batu (50 kilometer), menurut CNN.

Bush, antara empat presiden AS yang masih hidup dan kini menggunakan kerusi roda, kelihatan lemah ketika membuat penampilan awamnya baru-baru ini. Pada Disember lalu, presiden ke-41 ini telah dimasukkan ke hospital Texas kerana masalah pernafasan – AFP