Bekas Presiden El Salvador meninggal dunia

Bekas Presiden El Salvador meninggal dunia

SAN SALVADOR, 31 Jan – Bekas Presiden El Salvador, Francisco Flores meninggal dunia, beberapa hari selepas koma berikutan serangan strok pada lewat Sabtu, kata pegawai parti politiknya.

“Kami bersedih di atas kematian bekas Presiden Francisco Flores dan melahirkan solidariti dengan keluarganya pada waktu ini,” kata mesej menerusi akaun Twitter parti National Republican Alliance (ARENA).

Pengumuman kematian Flores, 56, yang mengetuai negara Amerika Tengah itu bermula 1999 hingga 2004 berdepan perbicaraan apabila didakwa mencuri AS$15 juta sumbangan kerajaan Taiwan untuk mangsa gempa bumi pada 2001.

Flores menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 2014 berdepan tuduhan rasuah yang beliau nafikan.

Bekas presiden itu diletakkan dalam tahanan rumah ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir dikejarkan ke hospital pada minggu sebelum itu selepas mengalami angin ahmar dan menyebabkan dirinya lumpuh pada sebelah kanan badan dan kemudiannya koma sehingga tidak sedarkan diri.- AFP

Gambar yang diambil pada 3 Disember 2015 menunjukkan Francisco Flores dilihat semasa perbicaraan di San Salvador, El Salvador. – Reuters
Gambar yang diambil pada 3 Disember 2015 menunjukkan Francisco Flores dilihat semasa perbicaraan di San Salvador, El Salvador. – Reuters