Bekas presiden Iran kritik penyingkiran calon reformis

Bekas presiden Iran kritik penyingkiran calon reformis

DUBAI, 2 Feb – Bekas presiden Iran Akbar Hashemi Rafsanjani semalam mengkritik penyingkiran calon-calon reformis dari pilihan raya kebangsaan bulan depan oleh pihak berpendirian keras, yang meningkatkan pertikaian antara kedua-dua kumpulan itu.

Guardian Council (Majlis Pelindung),badan pemeriksa yang terdiri dari para juri dan golongan ketua agama mengecualikan calon-calon parlimen dan empat perlima calon bagi badan itu yang akan memilih Ketua Tertinggi Iran seterusnya. Langkah itu adalah halangan bagi presiden bersederhana, Presiden Hassam Rouhani dan sekutu berpengaruhnya, Akbar Hashemi Rafsanjani yang pernah menjadi presiden antara 1989 dan 1997.

Antara mereka yang dikecualikan ialah Hassan Khomeini, cucu kepada ketua tertinggi pertama Republikan Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini yang mempunyai hubungan rapat dengan reformis.

Ulasan Rafsanjani secara tidak langsung mensasarkan Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei yang menjadi ketua pemerintah pasukan bersenjata dan yang melantik ketua televisyen kerajaan, imam-imam solat Jumaat di seluruh negara dan separuh anggota

Majlis Pelindung telah menyingkirkannya dari pilihan raya presiden akan datang. Pemilihan parlimen 290 kerusi dan Perhimpunan Pakar-Pakar 88 anggota dijangka diadakan pada 26 Februari.

Kejayaan Iran dalam mendapat penamatan sekatan antarabangsa dalam pertukaran bagi pengawalan program nuklearnya yang dipertikaikan dijangka menggigihkan perebutan kuasa dalam perpecahan elit menjadi puak-puak reformis konservatif dan bersederhana.

Pihak berpendirian keras kini bimbang para pengundi, yang berharap tahap kehidupan boleh meningkat dengan sekatan tidak dikenakan lagi,akan memberi ganjaran kepada calon-calon pro Rouhani dalam pemilihan itu, dengan pengundian bagi Perhimpunan Pakar-Pakar terutamanya penting dalam membentuk laluan masa depan Iran.

ARTIKEL YANG SAMA