Bekas presiden mahu tanding lagi

Bekas presiden mahu tanding lagi

COLOMBO, Sri Lanka, 29 Jun (Agensi) – Bekas presiden Sri Lanka Mahinda Rajapakse akan bertanding sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya parlimen pada 17 Ogos, menurut bekas menteri yang juga pembantu rapat Rajapakse berkata semalam. Kumara Welgama, bekas menteri dalam kerajaan Rajapakse berkata bahawa bekas presiden itu akan bertanding di bawah simbol daun sirih parti pembangkang Gabungan Kebebasan Rakyat Bersatu (UPFA). Menurutnya “Saya boleh dengan jelas menyatakan bahawa Mahinda Rajapakse akan bertanding sebagai calon perdana menteri.”

Welgama berkata semua percubaan akan dibuat untuk menyatukan parti-parti politik dalam UPFA, termasuklah parti pembangkang utama, Parti Kebebasan Sri Lanka (SLFP) dan mengemukakan Rajapakse sebagai calon perdana menteri UPFA. Dia berharap Presiden Maithripala Sirisena, sebagai pengerusi UPFA akan menyokong pencalonan itu diberikan kepada calon-calon UPFA, dalam memikirkan kepentingan terbaik negara.

Bagaimanapun dia menegaskan apa pun keputusan Presiden Maithripala Sirisena berhubung calon-calon UPFA, Rajapakse akan bertanding bagi jawatan perdana menteri dalam pilihan raya itu.

Terdapat laporan yang menyatakan Presiden Sirisena tidak akan bersetuju mencalonkan Rajapakse sebagai calon perdana menteri UPFA.

Bagaimanapun pada pilihan raya parlimen 17 Ogos, semua parti-parti politik dalam kerajaan perpaduan kebangsaan telah memutuskan untuk bertanding secara berasingan.

ARTIKEL YANG SAMA