Bekas presiden Mexico samakan Trump dengan Hitler

Bekas presiden Mexico samakan Trump dengan Hitler

MEXICO CITY, 28 Feb ( Reuters) – Retorik politik peneraju calon Republikan bagi jawatan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dianggap bersifat “perkauman,” dan seperti membangkitkan Adolf Hitler, bekas Presiden Mexico Felipe Calderon memberitahu para wartawan dalam satu majlis di Mexico City.

“Logik memuji keunggulan kulit putih ini bukan hanya ke atas isu anti-pendatang,” kata Calderon. “Dia bertindak dan bersuara menentang para pendatang yang mempunyai kulit yang berbeza dengannya, ia adalah terus-terang bersifat perkauman dan mengeksploitasi perasaan seperti Hitler ketika eranya,” tambah Calderon.

Trump telah menuduh Mexico menghantar golongan perogol dan pengedar-pengedar dadah di seluruh sempadan AS dan telah berkata dia akan membuat Mexico membayar bagi dinding pada sempadan.

Bekas presiden Mexico yang menjawat pada tahun 2006 hingga 2012 menyamakan Trump dengan Hitler atas dasar retorik politiknya yang menjurus kepada perkauman. – Reuters
Bekas presiden Mexico yang menjawat pada tahun 2006 hingga 2012 menyamakan Trump dengan Hitler atas dasar retorik politiknya yang menjurus kepada perkauman. – Reuters

Felipe Calderon merupakan presiden Mexico pada 2006 hingga 2012.

Bekas Presiden Mexico Vicente Fox, pendahulu Calderon, juga menyamakan Trump seperti Hitler dalam satu temu bual bersama Aderson Cooper dari CNN.

“Dia mengingatkan saya terhadap Hitler,” Fox memberitahu Cooper baru-baru ini.