Bekas presiden Perancis dimasukkan ke hospital

Bekas presiden Perancis dimasukkan ke hospital

PARIS, 10 Dis – Bekas presiden Perancis, Jacques Chirac berada di hospital bagi melakukan pemeriksaan, namun keadaan kesihatannya tidak membimbangkan, anak perempuannya memberitahu AFP hari ini.

Chirac, 83, yang menjadi ketua kerajaan dari 1995 hingga 2007, dibawa ke hospital di Paris kelmarin dan dijangka akan kekal dalam pemerhatian selama beberapa hari, menurut anak perempuannya, Claude Chirac.

“Berasa lemah selama beberapa hari, Jacques Chirac kemudian dimasukkan ke hospital petang kelmarin untuk memeriksa keadaan kesihatannya. Beliau dijangka akan berada di hospital selama beberapa hari, atau selama seminggu,” katanya.

“Keadaan kesihatannya tidak begitu membimbangkan,” tambahnya.

Chirac kini jarang dilihat di khalayak ramai dan dilaporkan mengalami hilang ingatan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 21 November menunjukkan bekas presiden Perancis Jacques Chirac ketika menghadiri majlis anugerah bagi Yayasan Jacques Chirac pada 21 November 2014. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 21 November menunjukkan bekas presiden Perancis Jacques Chirac ketika menghadiri majlis anugerah bagi Yayasan Jacques Chirac pada 21 November 2014. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA