Bekas presiden Salvador dimasukkan ke hospital

Bekas presiden Salvador dimasukkan ke hospital

SAN SALVADOR, 23 Dis (AFP) – Bekas presiden El Salvador, Francisco Flores, dimasukkan ke hospital kelmarin, sebulan sebelum dia menjalani perbicaraan berhubungan tuduhan menggelapkan wang derma sebanyak AS$15 juta dari Taiwan, menurut peguamnya.

Dia dibawa ke hospital ‘disebabkan pendarahan dalam saluran pencernaan dan akan diperiksa oleh doktor,” menurut peguam negara, Francisco Rivera kepada wartawan.

Flores, 56, dibawa ke Hospital swasta de la Mujer di barat San Salvador ketika dalam tahanan polis, menurut peguam, menambah bahawa bekas presiden itu telah dirawat selama setahun lalu akibat trombosis.

Bekas ketua negara itu, memerintah dari 1999 hingga 2004, telah berada di bawah tahanan rumah sejak Isnin, selepas mahkamah Salvador minggu lalu menetapkan 18 Januari bagi tarikh perbicaraan rasuahnya.

Dia dituduh melesapkan wang Taiwan yang diberi untuk membantu mangsa gempa bumi Salvador pada 2001.