Bekas presiden S’pura kritikal diserang strok

Bekas presiden S’pura kritikal diserang strok

SINGAPURA, 31 Julai – Bekas Presiden Singapura, SR Nathan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) hospital umum Singapura akibat diserang strok.

Pejabat Perdana Menteri Singapura berkata beliau mengalami strok awal pagi tadi.

Nathan, 92, yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada 1988, dilaporkan mengalami strok pada bulan April tahun lalu.

Beliau merupakan presiden Singapura yang paling lama berkhidmat iaitu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.

Beliau secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden keenam republik itu pada 31 Ogos 2011 dan digantikan oleh presiden sekarang Tony Tan Keng Yam. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA