Bekas senator AS meninggal dunia

Bekas senator AS meninggal dunia

WASHINGTON, 2 Nov (AFP) – Fred Thompson, 73, bekas senator folksy Amerika Syarikat dari Tennessee dan pelakon Hollywood, meninggal dunia kerana dihidapi penyakit lymphoma, keluarga beliau memberitahu wartawan semalam.

“Dengan hati yang berat dan perasaan sedih yang mendalam, kami berkongsi kesedihan ini dengan kepergian beliau sebagai abang, suami, bapa, datuk dan beliau meninggal dunia di nashville dengan dikelilingi oleh keluarganya,” menurut keluarga beliau dalam satu kenyataan.

Beliau membahagikan karier nya antara bidang lakonan dan politik. Tempoh lapan tahun beliau di Senat berakhir pada tahun 2003.

Beliau dilahirkan di Alabama, dan berkahwin kali pertama pada usia 17 tahun dan merupakan seorang pelajar dalam bidang undang-undang.

Sebagai seorang peguam, beliau pernah membantu bagi penyiasatan yang membawa kepada peletakan jawatan yang dipegang oleh Presiden Richard Nixon. Thompson berkhidmat sebagai ketua penasihat kepada Jawatankuasa Senat Watergate Nixon yang disiasat.

Bekas senator itu terkenal dengan kelantangannya dalam satu bual berbicara dalam satu siri rancangan popular, “undang-undang dan perintah” menjadikan daerah Manhattan sebagai cawangan guaman Arthur, dan dalam filem seperti “ the hunt for red october,” “no way out” and “cape fear.”