Bekas speaker Dewan AS kritik Cruz

Bekas speaker Dewan AS kritik Cruz

WASHINGTON, 29 April – Bekas speaker Dewan AS John Boener, yang meletak jawatan tahun lalu, mengkritik rakan Republikan yang kini berhasrat menjadi calon presiden 2016, Ted Cruz, dengan mengecapnya jelmaan syaitan.

‘Semangat Jahat’ begitulah Senator Texas itu disifatkan oleh orang Republikan yang lantang bersuara itu.

Senator Texas itu kini berusaha menyekat kemaraan jutawan Donald Trumph ke arah pencalonan presiden Republikan, menurut surat khabar Stanford Daily.

Kenyataan Boehner itu dibuat pada ceramah awam lewat Rabu lalu di Universiti Stanford di Palo Alto, California.

Ditanya tentang ulasan semalam ketika berkempen di Indiana, Cruz berkata “Dia membiarkan dalaman diri Trump muncul keluar.”

Cruz secara meluas dilihat sebagai salah seorang dari anggota Kongres yang lebih keras kepala dan pengkritik kedua belah pihak menyalahkannya kerana mencetuskan penutupan kerajaan persekutuan selama 16 hari pada lewat 2013.

“Apabila John Boehner menggelarkan saya semangat jahat.

Dia tidak menujukan terus kepada saya. dia menujukan kepada kamu,” ujarnya, secara langsung menujukannya kepada penyokong-penyokong konservatif. – AFP