Bekas suami d...

Bekas suami diperintah buat kerja khidmat masyarakat

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Seorang lelaki tempatan yang berdepan pertuduhan melakukan kekerasan dan mengugut bekas isterinya diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini untuk menjalani perintah percubaan selama 12 bulan.

Keputusan itu dibuat Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain terhadap Rudy Haizan bin Haji Roslan, 40, selepas meneliti laporan kebajikan yang diterima dari Jabatan Pembangunan Masyarakat mengenai defendan.

Majistret Kanan turut memerintahkan defendan untuk melakukan kerja khidmat masyarakat selama 100 jam, selain memberi peringatan kepada defendan untuk tidak mengulangi kesalahannya pada masa akan datang atau dia akan berdepan dengan hukuman yang lebih berat. Defendan didakwa bertindak kasar terhadap bekas isterinya dengan menarik tudungnya sehingga mangsa merasa lemas dan turut mencekiknya.

Dia juga didakwa melakukan kerosakan pada but dan cermin sisi kereta milik mangsa apabila mangsa mengunci dirinya dalam kereta tersebut.

Defendan yang naik berang turut membuat ugutan terhadap mangsa.

Defendan didakwa melakukan kesalahan itu selepas menghubungi mangsa dan mengajaknya untuk berjumpa di kawasan letak kereta Masjid Lambak Kanan pada 20 Mei 2015.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauinah binti Haji Kula.

ARTIKEL YANG SAMA