Bekas timbalan ketua polis dipenjara 15 tahun

Bekas timbalan ketua polis dipenjara 15 tahun

BEIJING, 12 Jan (AFP) – Seorang bekas penolong ketua polis negara China dan sekutu bekas ketua keselamatan negara Zhou Yongkang hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana rasuah, lapor media negeri.

Li Dongsheng, 61, sebelumnya timbalan menteri keselamatan awam China, disabit bersalah menerima rasuah oleh sebuah mahkamah di utara bandar pelabuhan Tianjin, kata penyiar negeri Televisyen Tengah China (CCTV) di laman media sosial.

Pendakwa sebelumnya menuduh dirinya mengambil rasuah berjumlah hampir 22 juta yuan. Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan memutuskan tidak akan membuat rayuan, kata CCTV.

Sebelum menyertai kementerian keselamatan awam, Li menghabiskan 22 tahun di CCTV, naik pangkat daripada jurugambar untuk menjadi penolong ketua rangkaian televisyen terbesar di China.

Dia juga penolong ketua jabatan propaganda Parti Komunis selama tujuh tahun.

Li adalah pegawai terbaru di antara beberapa bekas sekutu Zhou yang dipenjarakan di bawah kempen anti-rasuah yang dilancarkan oleh Presiden Xi Jinping.

ARTIKEL YANG SAMA