Bekas wanita pertama Korea S lawat Utara

Bekas wanita pertama Korea S lawat Utara

SEOUL, 6 Julai (AFP) – Isteri mendiang presiden Korea Selatan Kim Dae-Jung akan mengunjungi Korea Utara bulan depan, menurut yayasannya hari ini, dan kemungkinan akan bertemu dengan Kim Jong-Un.

Pusat Keamanan Kim Dae-Jung di Seoul mengatakan persetujuan pada tarikh bagi lawatan empat hari itu oleh Lee Hee-Ho berusia 93 tahun telah dicapai berikutan rundingan dengan para pegawai di Korea Utara.

Lee telah melawat Korea Utara tiga kali – kali terakhir semasa memberi penghormatan berikutan kematian bekas pemimpin Kim Jong-II pada Disember 2011.

Beliau yang merupakan balu kepada Kim Dae-Jung, telah memperkenalkan ‘dasar matahari’ bagi penglibatan dengan Korea Utara yang membawa kepada sidang kemuncak bersejarah dengan Kim Jong-II pada 2000.

Ia masih belum jelas jika Lee akan bertemu anak lelaki dan pengganti Kim, Kim Jong-Un, yang pada awalnya menjemput Lee bagi lawatan itu pada akhir tahun lepas, selepas beliau menghantar lingkaran bunga bagi menandakan ulang tahun ketiga pemergian ayahnya.

Lawatan itu akan kononnya akan menjadi lawatan kemanusiaan, dengan Lee merancang untuk mengunjungi hospital kanak-kanak, sebuah rumah materniti dan anak yatim di Pyongyang.

Namun untuk bertemu dengan Kim Jong-Un mungkin akan menjadi sesuatu yang bermakna, ketika pemimpin penyendiri itu belum lagi bertemu dengan mana-mana warga Korea Selatan sejak rasminya mengambil alih kuasa lebih tiga tahun lalu.

Pegawai Pusat Keamaan Kim Dae-Jung mengatakan pihak Korea Utara telah menyampaikan persetujuan Kim Jong-Un bagi Lee untuk terbang langsung dari Selatan ke Utara.

Penerbangan langsung antara kedua-dua buah negara itu, yang secara teknikal masih berperang, ada sangat-sangat luar biasa.

ARTIKEL YANG SAMA