Bekas wanita pertama Nancy Reagan meninggal dunia

Bekas wanita pertama Nancy Reagan meninggal dunia

LOS ANGELES, 7 Mac (AFP) – Nancy Reagan (gambar), isteri yang amat mengambil berat dan penasihat yang dipercayai mendiang presiden Ronald Reagan yang menjadi pelindung paling setia legasi beliau, meninggal dunia semalam pada usia 94 tahun.

Bekas wanita pertama ini mengalami masalah kegagalan jantung di kediamannya di Los Angeles, dikebumikan bersebelahan suaminya di Ronald Reagan Presidenial Library di Simi Valley, California, menurut jurucakap wanitanya, Joanne Drake.

Pada akhir-akhir hayatnya, Reagan meraih pujian bagi banyak yang sangat berkualiti yang menyaksikannya dikecam hebat oleh para pengkritik ketika dua penggal suaminya menjadi presiden dari tahun 1981-1989 – perlindungan garang dia dan pengaruh luar biasa besarnya ke atas presiden.

Dianggap sebagai luar biasa dan dingin, dia digeruni oleh para penolong Rumah Putih yang kerap mendapati diri mereka sendiri saling bertelagah dengannya berhubung dasar dan pelantikan kakitangan.

FILES-US-POLITICS-REAGAN

Dia telah mencipta cirinya sendiri sebagai wanita pertama dengan gaya unggulnya kempen kesedaran dadah ‘Just Say No’, yang dilancarkan pada tahun 1982.

Tetapi selepas dia meninggalkan Rumah Putih, dia menjaga Reagan yang selama sepuluh tahun menghidap penyakit Alzheimer sehingga kematiannya pada tahun 2004. Amerika melembutkan pandangannya pada bekas bintang harapan filem ini.

Penghormatan mesra yang mengatakan dedikasi teguh Nancy Reagan kepada suaminya mencurah-curah disampaikan, dengan Presiden Barack Obama dan isteri, Michelle menyifatkan dia ‘contoh membanggakan’.

“Kita terus terhutang budi dengan kehidupan Nancy Reagan, bersyukur dengan bimbingannya dan berdoa moga dia dan suami tercinta bersatu lagi,” keluarga Obama berkata dalam satu kenyataan.

Bekas wanita pertama Barbara Bush berkata dia ‘sepenuhnya setia kepada Presiden Reagan, dan kami gembira mereka akan bersatu semula sekali lagi.”