Bekerjasama baiki taman permainan Panaga

Bekerjasama baiki taman permainan Panaga

SAYA terkilan apabila membaca laporan mengenai dengan keadaan Taman Permainan di Perpindahan Kampung Panaga Seria yang dilaporkan sebanyak dua kali di dalam akhbar Media Permata. Tahniah dan syabas atas laporan berkenaan.

Pada hemat saya, memang baik dibuat laporan mengenainya, tetapi apa yang perlu dilakukan ialah melaksanakan langkah sementara dan membuat perundingan sesegera yang mungkin dengan ketua kampung yang berkenaan atau dengan Penghulu Mukim Seria bagi membincangkan pelaksanaan yang perlu dilakukan oleh penduduk kawasan perumahan Panaga seperti mengadakan kerja gotong-royong dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim (MPM) Seria dengan sedikit bantuan dari Jabatan Daerah Belait, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan beberapa buah agensi kerajaan. Janganlah sentiasa menyerahkan perkara ini secara bulat-bulat kepada kerajaan. Inilah perkara yang perlu diusahakan terlebih dahulu sebelum ia nya menjadi isu di dalam media.

– Awang Kanak, Perumahan Panaga, Seria.

ARTIKEL YANG SAMA