Belabau FFT menang tipis 1-0

Belabau FFT menang tipis 1-0

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 3 Nov – Belabau FFT meraih tiga mata penuh walau sekadar menang tipis 1-0 ke atas pesaingnya dalam Kumpulan A Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) DST 2015, Kiudang Mungkom FC.

Jaringan tunggal perlawanan dan kemenangan Belabau FFT itu hadir dua minit selepas rehat menerusi jaringan Mohd Arif bin Libut.

Enam lagi pasukan di dalam Kumpulan A ialah MPK Bukit Panggal, Bang Dalam FC, Kilugus FC, Perda FC, Sinar FC dan Bamit FC. Sementara Kumpulan B menyaksikan persaingan di antara tujuh buah pasukan iaitu Tutong Hotspurs FT, Kebia FC, MPK Bendanu FC, PMS, Kamai Kiudang FC, 3PML dan Azmainshah.

Belabau FFT menang tipis 1-0 ke atas Kiudang Mungkom FC dalam Kumpulan A Liga TDAFA DST 2015.
Belabau FFT menang tipis 1-0 ke atas Kiudang Mungkom FC dalam Kumpulan A Liga TDAFA DST 2015.