Belait, Seria akan diceriakan semula

Belait, Seria akan diceriakan semula

Oleh Anwar Rosly

 

Kuala Belait, 22 Dis – Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria (LBKBS) hari ini dalam pertemuannya bersama Lembaga Peniagaan Masyarakat Cina Belait (BCCC) mengadakan perbincangan dua hala bagi mengembalikan serta menghidupkan semula Kuala Belait dan Seria dalam menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk melawat ke Daerah Belait.

Pengerusi LBKBS, Haji Ali bin Matyassin berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan daya tarikan Pekan Seria dan Kuala Belait untuk meningkatkan perbelanjaan tempatan di samping menarik pelancong luar terutamanya dari Miri.

“Kami bersetuju bahawa kami (pihak kerajaan) perlu bekerja lebih rapat dengan perniagaan swasta untuk membawa lebih banyak kemajuan kepada pencantikan Pekan Kuala Belait dan Seria,” kata Haji Ali semalam pada sesi dialog pertama diantara dua pihak tersebut.

Pelan untuk mengecat semula kedai-kedai tertua di Kuala Belait turut dikemukakan, dan juga penganjuran pasar hujung minggu serta acara sukan untuk menarik pelancong untuk tinggal di hotel-hotel Belait.

“Mengadakan pasar minggu di Kuala Belait, seperti di Jalan Pretty, adalah satu idea yang akan menarik aktiviti penduduk dan pengunjung ke sana, dan memberi lebih banyak peluang perniagaan,” kata Setiausaha BCCC, Hong Fan Tse.

Kuala Belait akan dihidupkan semula bagi menarik lebih ramai pengunjung dari luar.
Kuala Belait akan dihidupkan semula bagi menarik lebih ramai pengunjung dari luar.
Kedai-kedai tertua di Kuala Belait bakal dicat semula dan pasar hujung minggu serta acara sukan juga akan diadakan untuk menarik pelancong.
Kedai-kedai tertua di Kuala Belait bakal dicat semula dan pasar hujung minggu serta acara sukan juga akan diadakan untuk menarik pelancong.

Katanya, memandangkan jarak dari Kuala Belait ke Miri, Sarawak agak dekat, bermakna penduduk di daerah itu sering memilih untuk membelanjakan wang mereka di seberang sempadan, corak yang menjadi semakin kerap berlaku dengan kadar matawang Ringgit Malaysia yang lemah tahun ini.

“Justeru, untuk bersaing, kita mesti bekerjasama untuk memberi Kuala Belait dan Seria persekitaran yang lebih menarik untuk perniagaan,” kata Hong, yang meminta pertolongan jabatan berkenaan untuk mengadakan satu mesyuarat dengan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

Pengerusi LBKBS mengalu-alukan cadangan yang dibentangkan, dan menggalakkan perniagaan untuk memaksimumkan penggunaan Internet kerana kerajaan kini beralih pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen perniagaan dan pembaharuan ke dalam talian Internet.

“Kami telah membuat ia menjadi tumpuan utama bagi menambah baik kemudahan kami dalam menjalankan perniagaan, terutamanya dalam penubuhan atau pendaftaran mana-mana perniagaan,” katanya.

Kebersihan juga menjadi keutamaan perancangan kerana ia mampu meningkatkan imej pekan.
Kebersihan juga menjadi keutamaan perancangan kerana ia mampu meningkatkan imej pekan.

Pendaftaran perniagaan kini boleh dilakukan secara online dalam masa sehari melalui Pejabat Pendaftaran Syarikat dan Nama-nama Perniagaan, manakala lesen perniagaan boleh digunakan dan diperbaharui melalui portal OneBiz dalam talian.

Beliau juga mengingatkan perniagaan, terutamanya kedai-kedai makan, untuk mengutamakan kebersihan kerana kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan imej daerah ini.

“Kebersihan adalah asas kerana ia mengurangkan risiko untuk pelanggan untuk mendapatkan apa-apa penyakit dan memastikan mereka dapat menjamu selera dalam suasana yang selesa bersih,” kata Haji Ali.

Buat sementara waktu, penutupan yang diperintahkan oleh seksyen penguatkuasaan jabatan berkenaan, biasanya dilaksanakan apabila kedai yang jatuh di bawah gred sekurang-kurangnya 70 peratus, perlu diambil serius di mana kesalahan berulang kali boleh menyebabkan pemilik kehilangan lesen perniagaan mereka.

Sesi dialog hari ini dihadiri juga oleh Naib Presiden BCCC, Loo Soon Nin dan ahli jawatankuasa, serta pegawai-pegawai kanan dari LBKBS.

ARTIKEL YANG SAMA