‘Belajar bagaimana untuk belajar’

‘Belajar bagaimana untuk belajar’

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Seramai 330 pelajar dan 50 pensyarah dari Pusat Tingkatan Enam (PTE) Sengkurong, hari ini, berkumpul di Dewan Serba Guna PTE berkenaan bagi mengikuti bengkel ‘Belajar bagaimana untuk belajar.’

Bengkel sehari itu dikendalikan oleh Penyelaras Pembimbing Rakan Remaja (PRR) PTE Sengkurong, Dr Haji Makarimi bin Haji Awang Kasim.

Dalam bengkel itu, para pelajar diberikan maklumat mengenai cara menggunakan konsep baru dalam pembelajaran mereka. Bengkel tersebut dibahagikan kepada lima tajuk iaitu “All of Me and All of you”, kepercayaan ibu bapa, rahsia mendapat markah ‘A’, menyesuaikan pencapaian individu dan peta minda (Mind Mapping).

Dr Haji Makarimi mengongsikan bagaimana menerima diri sendiri termasuk bentuk badan, bangsa, ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan dan bersyukur di atas apa jua pemberian Allah SWT. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan adalah kunci utama individu, sebagai contoh jika seseorang memuji perbuatan pelajar, maka sebaiknya untuk ditulis walaupun pujian itu hanya sekecil mana pun.

Pelajar dan pensyarah Pusat Tingkatan Enam, Sengkurong  mengikuti bengkel ‘Belajar bagaimana untuk belajar’ yang disampaikan oleh Dr Haji Makarimi.
Pelajar dan pensyarah Pusat Tingkatan Enam, Sengkurong mengikuti bengkel ‘Belajar bagaimana untuk belajar’ yang disampaikan oleh Dr Haji Makarimi.

Dengan bengkel ini, pelajar bukan sahaja mempelajari akan kekuatan diri sendiri bahkan melihat aspek pembelajaran secara berlainan yang boleh digunakan bagi kegunaan persediaan peperiksaan, mengelolakan maklumat baru dalam pembelajaran, menyesuaikan pencapaian tersendiri dan juga menjadikan ibu bapa sebagai rakan mereka.

Menerusi bengkel ini, para pelajar dapat memahami kepentingan ibu bapa terhadap anak, mempunyai minda yang berpotensi, mempunyai komitmen untuk mencapai kejayaan mereka dan meningkatkan lagi peta minda seseorang pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA