Belajar sambil berhibur guna belon

Belajar sambil berhibur guna belon

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Cuti penggal persekolahan akhir semakin hampir ke penghujungnya dan ibu bapa sibuk membuat persiapan kembali ke sekolah, namun pelbagai aktiviti masih diadakan untuk kanak-kanak mengisi masa lapang seperti di Balloon Buzz Ria.

Kelas berkenaan memberi peluang kepada kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun untuk berhibur sambil belajar, di mana mereka belajar untuk mereka bintang, bentuk dan sebagainya menggunakan belon dengan bimbingan pengajar berpengalaman.

Selepas kelas tamat, setiap kanak-kanak menerima sijil penyertaan dan membawa balik balon-balon yang mereka bentuk. Balloon Buzz Ria juga menyediakan perkhidmatan keperluan sambutan dan pelbagai jenis majlis untuk kanak-kanak belajar sambil berhibur.

Gambar ramai kanak-kanak yang menyertai kelas belon itu.
Gambar ramai kanak-kanak yang menyertai kelas belon itu.

pg10_151229_a

ARTIKEL YANG SAMA