Belajar survival hutan

Belajar survival hutan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Nurul Hafizah HAB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Kira-kira 32 pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sekolah Menengah Sayyidina Husain dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan hari ini mengadakan aktiviti kepimpinan Menjelajah Hutan di Kampung Bebuloh, Mukim Pangkalan Batu.

Aktiviti bertujuan meningkatkan stamina, ketahanan mental dan fizikal dalam kalangan peserta terutama mengharungi cabaran dan meneroka serta mempelajari flora dan fauna hutan di negara ini.

Ia juga menjadi wadah mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli MPP dan masyarakat dan secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang kuat dari segi rohani, jasmani dan emosi melalui beberapa aktiviti yang dirancang.

Gambar ramai pelajar dan penduduk yang terlibat dalam aktiviti itu.
Gambar ramai pelajar dan penduduk yang terlibat dalam aktiviti itu.

Aktiviti merangkumi taklimat mengenai flora dan kegunaannya, memerangkap burung, menjerat pelanduk, pengenalan survival dan aktiviti kerja berkumpulan.

Turut menyertai aktiviti itu ialah ahli jawatankuasa kerja yang terdiri daripada pegawai Jabatan Belia dan Sukan serta guru-guru sekolah Menengah Sayyidina Husain.

Turut mengetuai rombongan ke dalam hutan di kawasan itu ialah Ketua Kampung Bebuloh, Haji Mohd Said bin Tundak.

ARTIKEL YANG SAMA