Belajar urus jenazah

Belajar urus jenazah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 17 Mei – Seramai 20 orang ahli jawatankuasa takmir dan jemaah Masjid Kampung Labi, Masjid Kampung Bukit Sawat dan Masjid Al-Mashhor Kampung Sungai Mau Labi, baru-bari ini telah menyertai Bengkel Pengurusan Jenazah, di sini.

Bengkel antara lain bertujuan untuk memberikan bimbingan asas bagi penyempurnaan jenazah itu juga diadakan sebagai pengisian Sambutan Israk dan Mikraj tahun ini, bagi Masjid Kampung Labi.

Bengkel telah dikendalikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

Ia juga sebagai usaha untuk melahirkan ahli jawatankuasa dan jemaah di sesebuah masjid yang boleh membantu dalam hal ehwal pengurusan jenazah, seterusnya para peserta yang sudah berkemahiran dan berpengetahuan akan dapat menyumbang khidmat kepada masyarakat di kampung mereka selain untuk terus mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan para peserta.

Antara pengisian bengkel termasuklah penerapan mengenai pengurusan jenazah seperti adab-adab menziarahi orang sakit, perkara yang perlu dilakukan apabila berlakunya kematian, penyediaan kain kafan dan sebagainya, seterusnya praktikal memandikan, mengkafan serta menyembahyangkan jenazah.

ARTIKEL YANG SAMA