Belanda, Belgium sama hebat

Belanda, Belgium sama hebat

AMSTERDAM, 10 Nov – Belanda dan Belgium terikat seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan semalam yang menyaksikan bintang Liga Perdana Inggeris, Kevin de Bruyne dan Eden Hazard, bergelut untuk mempamerkan kelebihan masing-masing sementara beberapa pemain Belanda turut mengalami kecederaan menjelang kelayakan Piala Dunia.

Sepakan penalti daripada Davvy Klaassen memberikan pasukan Belanda mendahului pada minit ke-38, sebelum Yannick Carrasco menyamakan kedudukan pada minit kelapan sebelum wisel penamat.

Perlawanan ini adalah pertemuan ke-126 bagi kedua-dua negara jiran itu yang mempunyai masa depan berbeza.

Belanda gagal untuk mara ke final Euro 2016 dan sedang merebut tempat ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Aksi Eden Hazard (kiri) dan Daley Blind dalam perlawanan tersebut. – AFP
Aksi Eden Hazard (kiri) dan Daley Blind dalam perlawanan tersebut. – AFP

Mereka kini di kedudukan ketiga pusingan kelayakan Kumpulan A, tiga mata di belakang Perancis dan Sweden.

Belgium, dengan bekas pengurus Everton, Roberto Martinez pula mendahului Kumpulan H selepas tiga kemenangan dalam tiga perlawanan.

Belanda akan bertemu Luxembourg pada Ahad ini dalam perlawanan kelayakan mereka tanpa Jeremain Lens, Klaassen dan Stijn Schaars yang semuanya cedera dalam perlawanan persahabatan.

Belgium pula akan ke Estonia dalam perlawanan Ahad ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA