Belanda hampiri sasaran catat hatrik emas

Belanda hampiri sasaran catat hatrik emas

RIO DE JANEIRO, 18 Ogos – Skuad hoki wanita Belanda berada pada landasan tepat untuk mengekalkan pingat emas Olimpik ketiga berturut-turut apabila menewaskan Jerman dalam penentuan penalti, awal pagi tadi.

Dengan keputusan terikat 1-1 selepas tamat masa sebenar perlawanan, nasib lebih menyebelahi skuad The Oranje apabila menang 4-3 dalam penentuan penalti untuk menempah pertembungan final dengan Britain bagi penentuan pingat emas.

Britain pula menempah tiket pentas final Olimpik buat kali pertama hasil kejayaan membenam New Zealand 3-0.

Ellen Hoog mencetak gol kemenangan buat Belanda ketika penentuan penalti.

pg24_160819_olympic logo

Ellen Hoog (kanan), meraikan kemenangan dengan rakan sepasukan dalam gol penentuan terakhir melalui penalti beliau yang memberi kemenangan untuk pasukannya menentang Jerman ketika perlawanan separuh akhir hoki wanita di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

“Pada mulanya saya tidak begitu yakin kerana saya gagal menyempurnakan penalti pertama, tetapi saya hanya yakinkan diri sendiri dan berfikir ‘baiklah saya tidak akan melepaskannya buat kali kedua,” kata Hoog yang terlepas percubaan pertama.

Jerman menjadi pasukan terakhir yang menumpaskan Belanda di Olimpik dalam perjalanan mereka meraih pingat emas pada edisi 2004.

Dan skuad kendalian Jamilon Mulders itu kelihatan seperti mahu mengulanginya apabila Lisa Schutze memberikan mereka gol pendahuluan pada minit ke-11 hasil percubaan pukulan sudut penalti.

Namun kapten Belanda, Maartje Pauman segera membalas gol penyamaan juga menerusi pukulan sama lima minit kemudian untuk gol peribadi ke-18 di temasya Olimpik dan keempat di Rio. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA