Belanda kuasai Austria 2-0

Belanda kuasai Austria 2-0

VIENNA, 5 Jun – Austria tunduk 2-0 di tangan Belanda pada aksi pemanas badan terakhir mereka menjelang Euro 2016, awal pagi tadi.

Pertahanan kurang kemas tuan rumah membolehkan penyerang Belanda, Vincent Jannsen meledak gol pembukaan pada minit kesembilan sebelum Georginio Wijnaldum menggandakan kelebihan pelawat pada minit ke-66 dengan gol kedua hasil hantaran Luuk De Jong.

Selepas selesa layak ke Euro 2016 dengan 28 mata, Austria gagal untuk meneruskan rentak cemerlang apabila tewas pada aksi persahabatan di tangan Switzerland serta Turki dan hanya menewaskan Malta 2-1, empat hari lalu.

Salah satu aksi dalam perlawanan tersebut. – AFP
Salah satu aksi dalam perlawanan tersebut. – AFP

“Kami tidak seharusnya kecewa dengan kekalahan ini. Kami bermula dengan baik dan hanya tidak bernasib baik apabila dibolosi sebegitu.

“Kami tidak memberi begitu banyak ruang pada separuh masa pertama dan ia satu keputusan yang memuaskan menentang pasukan yang baik seperti Belanda,” kata pengendali Austria, Marcel Koller.

Austria akan membuka kempen Euro 2016 menentang Hungary pada 14 Jun sebelum bertemu Portugal dan Iceland dalam Kumpulan F. – AP

 

ARTIKEL YANG SAMA