Belanda resah

Belanda resah

AMSTERDAM, 3 Sept (AFP) – Danny Blind tahu dia memerlukan keputusan segera ketika bersedia untuk membimbing Belanda buat kali pertama menentang Iceland hari ini dan Turki pada Ahad dalam persaingan kelayakan Euro 2106.

Pasukan Oranje selesai di tangga ketiga pada Piala Dunia tahun lepas di bawah Louis van Gaal tetapi setakat ini bergelut dalam kempen untuk layak ke final Kejuaraan Eropah di Perancis tahun depan.

Belanda berada di tempat ketiga dalam Kumpulan A dengan hanya 10 mata daripada enam perlawanan, selepas kekalahan di Republik Czech dan Iceland menyebabkan mereka ketinggalan tiga mata daripada kelayakan secara automatik.

Rentak hambar mereka membawa jurulatih Guus Hiddink berlepas dan Persekutuan Bola Sepak Diraja Belanda menaikkan pembantunya Blind untuk menggantikannya pada 1 Julai.

Kegagalan untuk layak persaingan Euro digambarkan satu bencana, jadi bekas pemain Sparta Rotterdam dan pertahanan Ajax, 54, Blind sekarang menyasarkan mata maksimum daripada beberapa perlawanan yang ada.

Dengan kunjungan ke Kazakhstan dan perlawanan di laman sendiri dan Czech menanti Oktober depan, midfield Galatasaray, Wesley Sneijer mengakui: “Kami memerlukan kemenangan sekurang–kurangnya tiga daripada empat perlawanan terakhir…menyaksikan Euro dalam televisyen tidak dapat difikirkan.”

Blind berkata dia akan menggunakan formasi 4-3-3 dan tidak akan menukar gaya permainan ‘keterlaluan’.

Bagaimanapun, dia membuat beberapa keputusan penting, terutamanya menyerahkan lilitan kapten sebelumnya dipegang oleh Robin van Persie, kepada Arjen Robben.

“Ia bukanlah pilihan saya meniru kualiti permainan mereka, tetapi apa yang boleh diambil kira adalah personaliti mereka,” kata Blind, yang mengekalkan penyerang Fenerbahce, van persie ‘menerima keputusan itu’.

“Robin adalah pemain yang memerlukan ketenangan dan senyap untuk menumpukan permainan sementara Arjen lebih berkembang dan bersemangat. Ia terserah kepadanya untuk meningkatkan rakan sepasukannya.”