Belanjawan ‘berhati-hati, bertanggungjawab, adil’

Belanjawan ‘berhati-hati, bertanggungjawab, adil’

SYDNEY, 10 Mei (AFP) – Perdana Menteri Australia Tony Abbott Selasa ini menjanjikan belanjawan negara yang “berhati-hati, bertanggung jawab dan adil” , meneruskan sokongan bagi keluarga dan perniagaan kecil selepas hampir kehilangan jawatannya dalam bidasan berhubung rancangan tahun lalu.

Sementara belanjawan pertama kerajaan konservatif beliau menumpu pada memulihkan defisit, Abbott menekankan bahawa tahun ini beliau menumpu pada “pekerjaan, pertumbuhan dan peluang”.

“Ini adalah belanjawan yang bijak, jimat cermat, bertanggung jawab,” kata beliau.

“Ini ialah belanjawan yang akan melibatkan perubahan struktur, tetapi ia akan kurang drastik, perubahan struktur yang kurang drastik daripada belanjawan tahun lalu.”

Selepas mengumumkan pengurangan banyak kebajikan persekutuan dan perbelanjaan tahun lalu untuk mengawal defisit meningkat, kerajaan teruk terjejas dalam pengundian.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott. – AFP
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott. – AFP

Kedudukan Abbott dipersoalkan ketika orang ramai kecewa dengan dasar yang salah langkah. Beliau berjaya mengharungi cabaran terhadap kepimpinan beliau dalam bulan Februari lalu dan sejak itu mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Negara Australia Alan Oster berkata belanjawan akan berkisar tentang “melakukan perkara yang tidak sangat berkontroversi”.

“Jangkaan saya ialah anda mungkin ke arah peningkatan cukai pendapatan yang pada dasarnya menjadi faktor utama menurunkan defisit belanjawan apabila anda mengorak ke hadapan,” beliau memberitahu AFP.

“Ke arah pertambahan cukai pendapatan ialah yang mana kenaikan gaji bertujuan untuk menyesuaikan inflasi boleh mengakibatkan para pekerja berdepan cukai lebih tinggi.”

Kerajaan berkata pada belanjawan 2014 ia mahu mengurangkan defisit pada masa itu dari Aus$49.9 bilion kepada Aus$29.8 bilion tahun ini.