Belarus potong empat sifar mata wang ruble

Belarus potong empat sifar mata wang ruble

MINSK, 1 Julai (AFP) – Belarus telah memotong empat sifar daripada wang kertasnya, bank pusat itu berkata pada Khamis dalam usaha pihak berkuasa membendung inflasi.

Wang kertas baru dengan nilai dari 5 hingga 500 ruble Belarus dimasukkan ke dalam edaran hari ini, bank berkata.

Ruble Belarus pada masa ini bernilai 20,200 berbanding dolar Amerika Syarikat (22.450 berbanding euro) telah mengalami inflasi yang dahsyat dalam tahun-tahun kebelakangan ini selepas usaha pemusatan ekonomi negara.

“Penukaran nilai mata wang adalah insentif tambahan untuk meneruskan dasar kewangan yang bertanggungjawab untuk melupakan hiperinflasi seolah-olah ia satu mimpi ngeri,” gabenor bank negara, Pavel Kallaur berkata.

Inflasi di Belarus mencecah 108.7 peratus pada 2011 berikutan nilai mata wang negara jatuh merudum kepada 12 peratus akhir tahun lepas.

Seorang pekerja bank memegang wang kertas ruble Belarus di Minsk semalam. Belarus telah memotong empat sifar daripada wang kertasnya dalam usaha pihak berkuasa membendung inflasi. – AFP
Seorang pekerja bank memegang wang kertas ruble Belarus di Minsk semalam. Belarus telah memotong empat sifar daripada wang kertasnya dalam usaha pihak berkuasa membendung inflasi. – AFP

Pemimpin kuat Alexander Lukashenko telah menandatangani satu perintah pada November bagi mengarahkan penukaran semula mata nilai mata wang itu.

Pada masa itu bank pusat berkata, keputusan itu semata-mata adalah “teknikal” dan tidak akan memberi kesan kepada nilai atau kadar pertukaran asing mata wang ini.

Tabung Kewangan Antarabangsa menyambut baik langkah itu tetapi menegaskan syarikat-syarikat awam negara yang tidak mencari keuntungan perlu disusun semula untuk menyokong ekonomi.

Belarus yang diperintah oleh presiden autoritarian Lukashenko selama lebih daripada dua dekad, kini sedang melalui krisis ekonomi serius yang menyaksikan keluaran dalam negara kasar menurun sebanyak 3.9 peratus tahun lepas.

Ekonominya mengalami kejatuhan akibat krisis Ukraine dan paling ketara akibat kemelesetan ekonomi Rusia dan harga minyak yang rendah disebabkan sekatan Barat.

Belarus mendapat manfaat kewangan daripada Rusia pada tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi Krisis Ukraine menyebabkan ketegangan hubungannya dengan Moscow.

Lukashenko telah mengekalkan rancangan ekonomi ala Kesatuan Soviet dan setakat ini beliau telah gagal untuk menggubal pembaruan liberal untuk ekonomi negaranya.