Belgium benam Andorra 4-1

Belgium benam Andorra 4-1

BRUSSELS, 12 Okt – Belgium menempah tiket ke Euro 2016 apabila membelasah Andorra 4-1 dengan dua gol pada setiap separuh masa termasuk satu jaringan daripada Laurent Depoitre pada penampilan sulungnya untuk berada di puncak Kumpulan B, semalam.

Belgium boleh memastikan muncul juara kumpulan dengan mengatasi Israel awal pagi Rabu ini, sementara pendahulu sebelumnya Wales tewas 0-2 kepada Bosnia namun layak selepas Israel ditumbangkan.

Belgium mendominasi sejak awal permainan apabila Radja Nainggolan menjaringkan gol pertama pada minit ke-19. Kevin De Bruyne menjadikan jaringan 2-0 menerusi sepakan percuma dari 20 meter sebelum tamat babak pertama.

Pasukan tuan rumah berjaya mencuri satu gol pada minit ke-51 apabila Ildefons Lima menyempurnakan sepakan penalti berpunca daripada pertahanan Jan Vertonghen yang gagal merampas bola daripada pemain Andorra, Victor Moreira dan cuba menghalang dengan menyikunya.

Belgium memastikan tempat mereka ke Perancis menerusi sepakan penalti Eden Hazard sebelum Depoitre menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.

Hazard berpeluang menjadikan kedudukan 5-1 pada minit ke-78 dengan satu lagi penalti tetapi kali ini berjaya diselamatkan penjaga gol Andorra, Ferran Pol. – Reuters

Pemain midfield Belgium, Laurent Depoitre (kanan) merembat masuk gol pada kelayakan Piala Euro Cup 2016 menentang Andorra di Stadium Municipal di Andorra La Vella. – AFP
Pemain midfield Belgium, Laurent Depoitre (kanan) merembat masuk gol pada kelayakan Piala Euro Cup 2016 menentang Andorra di Stadium Municipal di Andorra La Vella. – AFP