Belgium dakwa IS dalang serangan polis wanita

Belgium dakwa IS dalang serangan polis wanita

BRUSSELS, 8 Ogos – Seorang lelaki yang membawa parang dan yang mencederakan dua orang anggota polis wanita Belgium adalah warga Algeria berusia 33 tahun yang tinggal secara haram di negara ini, menurut pegawai-pegawai semalam ketika kumpulan Islam IS, dalang siri-siri serangan maut di Eropah, mengaku melancarkan serangan itu.

Agensi Amaq yang mempunyai kaitan dengan IS berkata salah seorang dari ‘tentera-tentera’ kumpulan itu telah melancarkan serangan itu ‘dalam respons kepada gesaan supaya mensasarkan warganegara negara-negara yang telah menyertai pengeboman oleh para pejuang jihad yang dilancarkan oleh pasukan bersekutu yang diketuai AS di Syria dan Iraq.

Penyerang itu meninggal dunia Sabtu lalu selepas ditembak oleh anggota polis wanita ketiga.

Para pendakwa Belgium berkata semalam bahawa lelaki itu yang parapnya diberikan sebagai K.B ‘mempunyai rekod jenayah tetapi tidak berkaitan pengganasan.”

Dia telah tinggal di Belgium sejak 2012, menurut mereka.

Menteri Rendah bagi imigresen, Theo Francken, berkata K.B telah tinggal secara haram di Belgium dan telah dua kali diarah untuk meninggalkan negara.”

Francken – nasionalis Belanda Belgium dalam kerajaan campuran Belgium yang rapuh berkata dia akan mengemukakan cadangan bagi mencepatkan “pemulangan paksa penduduk-penduduk yang tinggal secara haram.”

Sebelum pengakuan IS, Perdana Menteri Charles Michel memberitahu para pemberita bahawa penyiasatan sedang dijalankan ‘bagi cubaan pembunuhan pengganas.”

Michel, yang bercakap selepas mengadakan rundingan perkhidmatan keselamatan Belgium, mengulangi penemuan awal para penyiasat ialah penyerang itu telah melaungkan Allahu Akbar ketika melakukan serangan itu.

Kejadian berdarah berlaku di luar stesen polis di Charleroi, 60 kilometer selatan Brussels, tempat para pegawai bertugas mengawal.

Jurucakap polis David Quinaux memberitahu penyiar RTL-TVI, penyerang itu “mengeluarkan parang dari beg sukan yang dibawanya dan mengayun dengan kuat ke muka dua pegawai polis wanita itu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA