Belgium datangkan 150,000 penyokong

Belgium datangkan 150,000 penyokong

LILLE, 1 Julai (AFP) – Kira-kira 150,000 penyokong Belgium dijangka memasuki sempadan Perancis, bagi menyaksikan pasukan mereka berentap dengan Wales pada saingan suku akhir.

Dianggarkan kira-kira 12,000 penyokong Belgium, yang jumlahnya sama dengan penyokong Wales memiliki tiket untuk berada dalam Stadium Lille berkapasiti 50,000 orang, dalam merebut tempat ke separuh akhir bertemu Portugal pada Rabu ini.

“Ia bagaikan beraksi di tempat sendiri buat kami dan tentunya ia memberi kami tambahan motivasi,’ kata Kapten pasukan Belgium, Eden Hazard, yang menghabiskan masa selama tujuh tahun di sini, sebelum berhijrah ke Chelsea pada 2012.

Penyokong-penyokong setia Belgium dalam kejohanan Euro kali ini. - AFP
Penyokong-penyokong setia Belgium dalam kejohanan Euro kali ini. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Sempadan Belgium terletak hanya kira-kira 17 kilometer dari bandar raya di utara Perancis ini.

Sementara itu, Gareth Bales mengetuai Wales ke kempen antarabangsa terbaik negara itu sejak layak ke suku akhir Piala Dunia pada 1958.

ARTIKEL YANG SAMA