Belgium digegar bom, 34 terkorban

Belgium digegar bom, 34 terkorban

BRUSSELS 22 Mac – Sekurang-kurangnya 34 maut, manakala hampir 200 orang dilaporkan cedera dalam tiga letupan bom di dua lokasi berbeza di ibu negara, Belgium hari ini.

Dua letupan dilaporkan berlaku di balai berlepas di Lapangan Terbang Zaventem, Brussels kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan, manakala satu lagi letupan berlaku di Stesen Metro Maelbeek berhampiran bangunan Kesatuan Eropah (EU) di sini, ketika waktu puncak orang ramai keluar ke tempat kerja masing-masing.

Letupan di lapangan terbang telah meragut 14 nyawa manakala 81 lagi cedera. Manakala letupan kedua yang berlaku sejam kemudian di stesen kereta api bawah tanah mengorbankan 20 nyawa dan lebih 106 orang lagi dilaporkan cedera. – Agensi