Belgium, Greece menang mudah

ATHENS, 11 Okt – Eden Hazard menerajui Belgium bagi kemenangan kelima berturut-turut dalam kelayakan Eropah, menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 di Cyrus, sementara Greece juga menewaskan Gibraltar 4-0 bagi memintas Bosnia dan Herzegovina bagi tempat dalam play-off.

Hazard membuka jaringan pada minit ke-12 selepas rakan sepasukan Youri Tielemans merampas bola dari pertahanan.

Ia adalah malam keluarga bintang Chelsea itu untuk bersinar, di mana Eden Hazard menjaringkan gol penalti di separuh masa kedua, dan kemudian adiknya Thorgan Hazard juga menemui sasaran, meraikan gol pertamanya bagi Belgium.

Pada minit ke-78, Romelu Lukaku menyamai rekod 43 gol Eropah dalam persaingan kelayakan yang dikejar Belgium dengan jaringan ke-11 peribadinya dalam kelayakan itu.

Kapten Jan Vertonghen yang membuat penampilan antarabangsa ke-97 menjadi pemain yang mempunyai kap paling banyak dalam pasukan kebangsaan Belgium, dengan pemegang rekod sebelumnya, Jan Ceulemans memberikan tepukan di tempat duduk.

Dua pemain pertahanan Cyprus cuba menghalang kemaraan penyerang Belgium, Michy Batshuayi (tengah) dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Stadium King Baudouin. – AFP

Sementara itu dalam perlawanan lain, Greece pada mulanya mempamerkan siri serangan hambar, tetapi Gibralter beransur lemah dan dibolosi sebanyak tiga kali di separuh masa kedua untuk tewas 4-0, menamatkan Kumpulan H kelayakan Piala Dunia tanpa sebarang mata selepas 10 perlawanan.

“Kami sudah bangkit dan kembali dalam prestasi terbaik,” kata kapten Greece Vassilis Torosidis, yang menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-32.

Kostas Mitroglou menjaringkan dua gol di separuh masa kedua, dan Ioannis Gianniotas menambah gol keempat.

Bosnia yang hanya berharap dengan keputusan pasukan lain dalam kumpulan, kekal di belakang Greece meskipun menang 2-1 di Estonia.

Sebelum perlawanan, Le Coq Arena telah dipenuhi dengan suar berdekatan dengan tempat duduk penyokong lawan, memberikan petanda mengenai satu perlawanan tegang.

Bosnia memberikan tekanan meskipun harapan tipis untuk melayakkan diri. Izet Hajrovic menjaringakan dua gol bagi Bosnia, sementara Ilja Antonov menjaringkan gol buat pasukan tuan rumah. – AP