Belgium mahu Lille seperti laman sendiri

Belgium mahu Lille seperti laman sendiri

UEFA-Euro-2016-Logo

TOULOUSE, Perancis, 28 Jun (AFP) – Kevin De Bruyne mahu pertemuan suku akhir Belgium dalam persaingan Euro 2016 bersama Wales seperti perlawanan di laman sendiri memandangkan stadium Lille hanya 100 kilometer dari sempadan Belgium.

Gelombang besar penyokong Belgium dijangka akan menyeberangi sempadan untuk memasuki bandar raya Perancis bagi menyaksikan negara mereka menentang pesaing yang digelar De Bruyne sebagai “pasukan yang bijak dari segi teknikal dan defensif.”

Belgium berada di kedudukan tinggi selepas membenam Hungary 4-0 Ahad lalu yang menyaksikan penyerang Chelsea, Eden Hazard menghasilkan persembahan bersemangat sebagai kapten pasukan. De Bruyne tidak sabar-sabar menunggu Red Devils untuk menghasilkan persembahan serupa yang lebih mantap.

“Saya tidak sabar-sabar menunggu perlawanan ini yang serupa seperti perlawanan di laman sendiri kami kerana ia tepat berada di sempadan Belgium. Kami menjangka ramai peminat. Kami berharap dapat meneruskan rentak itu perlawanan ini.”

Perlawanan berat sebelah menentang Hungary di Toulouse meningkatkan harapan Belgium di mana mereka boleh mencontohi persaingan tahun 1980 ketika berjaya mara ke final tetapi tewas kepada Jerman Barat.

Ketika menentang Hungary, De Bruyne mengambil sepakan percuma di mana Toby Alderweireld menyudahkan peluang untuk memberikan pendahuluan kepada Belgium pada minit ke-10.

Hazard menceriakan peminat dengan larian kencang, menggelecek dan memberikan hantaran menarik untuk merobek pertahanan Hungary dengan keadaan mengejutkan. Belgium menjaringkan tiga gol dalam dalam tempoh 12 minit untuk menamatkan perlawanan.

Bintang Chelsea itu menggelecek dua pemain untuk memberikan umpanan kepada pemain gantian pada separuh masa kedua, Michy Batshuyai bagi menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan itu pada minit ke-78.

Hazard menjaringkan gol penting dalam perlawanan itu selepas meluru ke dalam kawasan penalti tanpa dicabar untuk melepaskan rembatan menewaskan Gabor Kiraliy.

Pemain gantian Yannick Carrasco menambah gol keempat pada minit pertama masa tambahan setelah berjaya meluru ke tengah untuk menewaskan Kiraly.