Belgium singkirkan Sweden

Belgium singkirkan Sweden

NICE, 23 Jun (AP) – Zlatan Ibrahimovic kini sudah sah menyarung jersi Sweden buat kali terakhir awal pagi tadi selepas pasukannya tewas 1-0 di tangan Belgium.

Sweden tersingkir daripada Euro 2016 manakala Belgium mara ke kelompok 16 terakhir di mana mereka akan bertemu Hungary di Toulouse pada jam 3 pagi (waktu Malaysia) Isnin ini.

“Saya harap kami mampu memberikan penutup lebih baik buatnya (Ibrahimovic),”kata pengendali Sweden Erik Hamren.

Radja Nainggolan meledak gol kemenangan Belgium pada minit ke-84 untuk meletakkan Belgium di tangga kedua Kumpulan E di belakang Itali.

Itali menjuarai kumpulan walaupun tewas 1-0 di tangan Republik Ireland yang turut mara sebagai salah sebuah pasukan di tangga ketiga terbaik.

Ibrahimovic kini sudah sah bersara di saingan antarabangsa selepas kekalahan Sweden ke atas Belgium. – AFP
Ibrahimovic kini sudah sah bersara di saingan antarabangsa selepas kekalahan Sweden ke atas Belgium. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Ia adalah perlawanan yang sukar bagi mereka yang mempunyai masalah jantung,” kata pengendali Belgium, Marc Wilmots.

“Secara taktikal, kami lebih baik ketika melakukan serangan balas. Mereka mempunyai dua bek tengah yang besar tetapi perlahan, jadi serangan balas kami amat berkesan.”

Dalam penampilan ke-116 untuk Sweden, Ibrahimovic hampir meledak gol pada minit ke-76 tetapi sepakan percuma diambilnya diselamatkan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Ibrahimovic, antara nama besar di Kejuaraan Eropah kali ini, kelmarin mengumumkan akan bersara dari pentas antarabangsa selepas kejohanan ini.

ARTIKEL YANG SAMA