Belgium tahan 12 suspek pengganas

Belgium tahan 12 suspek pengganas

BRUSSELS, 19 Jun (AP) – Sekurang-kurangnya 12 suspek ditahan dalam serbuan oleh pihak berkuasa Belgium dalam operasi besar-besaran antikeganasan.

Perdana Menteri Belgium, Charles Michel, berkata negara itu akan sentiasa berwaspada sepanjang waktu kerana tahap keganasan di seluruh negara kekal pada paras kedua tertinggi, yang bermakna ancaman serangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Belgium berada pada tahap ancaman sejak serangan pada 22 November tahun lalu, membabitkan kereta api bawah tanah di Brussels dan lapangan terbang, yang mengorbankan 32 orang.

Pada hari yang sama, seluruh Belgium mengadakan acara untuk menonton secara langsung perlawanan bola sepak antara pasukan negara itu dengan Ireland dalam Kejohanan Piala Eropah, yang berlangsung di Perancis.

Laporan media melaporkan acara sedemikian boleh menjadi sasaran utama pengganas.