Belgium tunjuk belang

Belgium tunjuk belang

PARIS, 9 Jun (AFP) – Belgium menepati kedudukan di tangga kedua di belakang juara dunia Jerman dalam ranking FIFA selepas menang tipis 4-3 ke atas Perancis pada perlawanan persahabatan di Stade de France, awal pagi semalam.

Pemain Manchester United, Marouane Fellaini membantu pasukan kendalian Marc Wilmots mendahului 2-0 pada rehat babak pertama dengan gol pada minit ke-17 dan 42 sebelum jaringan babak kedua Radja Nainggolan dan Eden Hazard jelas bagaikan memastikan kemenangan itu.

Pemain Dynamo Moscow, Mathieu Valbuena menyumbat gol buat tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-53 beberapa minit sebelum Hazard menyempurnakan penaltinya.

“Untuk hadir di Perancis dan menang adalah hebat. Kami mencipta berdozen peluang dan tidak memberikan lawan banyak ruang,” kata Wilmots.

Fellaini menjaringkan gol ketika menentang Perancis dalam aksi persahabatan di Stade de France di luar Paris, semalam. – AFP
Fellaini menjaringkan gol ketika menentang Perancis dalam aksi persahabatan di Stade de France di luar Paris, semalam. – AFP

Pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi berkata: “Ia malam yang sukar.

Kami terlepas banyak peluang. Banyak perlu diperbaiki.”

Ketika mendahului 4-1 dan tinggal beberapa minit, pelawat jelas kelihatan menguasai.