Belgium ubah gelanggang lawan Portugal

Belgium ubah gelanggang lawan Portugal

BRUSSELS, 24 Mac (AFP) – Belgium mengumumkan penukaran gelanggang perlawanan persahabatan menentang Portugal di Brussels gara-gara serangan bom berani mati ke atas ibu kota itu dengan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menegaskan mereka mempunyai ‘pelan kecemasan’ untuk Euro 2016 di Perancis.

Namun badan induk bola sepak Eropah itu dan kerajaan Perancis menegaskan, Euro 2016 tetap berjalan seperti dijadualkan dan tiada perlawanan dimainkan secara tertutup seperti apa yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Belgium pada awalnya dijadualkan berdepan Portugal di Brussels, Selasa depan.

Sehari selepas kejadian pengeboman di Lapangan Terbang Brussels dan ibu kota itu yang menyaksikan 31 orang sudah terkorban, Persatuan Bola Sepak Belgium berkata perlawanan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Persatuan Bola Sepak Portugal kemudian mengumumkan bahawa kedua-dua negara itu sebaliknya bersetuju meneruskan aksi persahabatan itu di bandar raya Portugal, Leiria seperti dijadualkan sebelum ini.

“Saya mahu beraksi di Brussels, di laman sendiri kerana saya tidak gentar dengan ancaman terbabit,” kata pengendali Belgium, Marc Wilmots.

“Saya mahu beraksi di sini kerana mahu menunjukkan kepada mereka (pengganas) walaupun dengan kejadian buruk itu, yang mencetuskan kebimbangan, kehidupan tetap diteruskan bagi kebanyakan penduduk.”

Berikutan serangan IS di Paris dan Brussels sejak empat bulan yang lalu, perhatian kepada keselamatan 24 jam telah ditingkatkan dan dijangka bermula di Paris pada 10 Jun.

Permainan Perancis menentang Belanda di Amsterdam pada Jumaat juga telah disahkan.UEFA dan Perancis berkata ia ditentukan bahawa Euro 2016 perlu diteruskan.

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls tidak berkata mengadakan kejohanan itu akan menjadi ‘satu kemenangan bagi pengganas.’

ARTIKEL YANG SAMA