Beli 50 pesawat 737 MAX

Beli 50 pesawat 737 MAX

PUTRAJAYA, 27 Julai – Malaysia Airlines Bhd dan Boeing hari ini memeterai janji niaga bagi membeli 50 pesawat 737 MAX dengan 25 tempahan pasti dan 25 hak pembelian bernilai AS$5.5 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew berkata serahan akan bermula pada 2019.

“Janji niaga itu adalah pembawa perubahan bagi Malaysia Airlines dengan kos lebih murah dan kecekapan yang lebih tinggi, yang akan disalurkan kepada pelanggan setianya menerusi tambang lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan. Bellew berkata dengan keupayaan jarak jauh 737 MAX, Malaysia Airlines akan dapat menghubungkan penumpangnya ke lebih banyak destinasi dengan pesawat yang lebih selesa.

Peter Bellew (kiri) dan Naib Presiden Senior Penjualan Boeing bagi Asia Pasifik dan India, Dinesh Keskar (kanan) bergambar dengan model replika pesawat Boeing 737 MAX selepas majlis penandatangan di Putrajaya, Kuala Lumpur pada 27 Julai. – AFP

Syarikat penerbangan nasional itu beroperasi dengan hampir setiap kumpulan pesawat 737 dan menerima serahan pesawat 737 keseratusnya pada Disember 2014.

Ketika ini ia beroperasi dengan 56 pesawat 737-800. – Bernama