Beli-belah, dapat hadiah

Beli-belah, dapat hadiah

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 27 Jan – Sebagai salah satu daripada inisiatifnya untuk menunjukkan penghargaan terhadap pembeli serta pengunjung, Pusat Membeli-Belah KBSentral sekali lagi mengadakan aktiviti Sentral Surprize Surprize. Menerusi aktiviti ini, seorang pelanggan Dayang Nurul Shahedah binti Mahani yang berkunjung ke KBSentral bersama anak-anak perempuannya, Dayang Nurul Shahrul Niza dan Dayang Nurul Sharon Nazera, telah dipilih secara rawak (rambang) untuk menjadi pemenang bertuah dengan membawa pulang hamper bernilai $50 daripada Pengurusan Acara KBSentral.

Ketika ditemui, Dayang Nurul Shahedah melahirkan kekejutannya dan anak-anaknya kerana dipilih sebagai pemenang Sentral Surprize Surprize.

Menurutnya keluarga mereka suka membeli-belah di KBSentral kerana segala-galanya yang mereka perlukan ada di sini, di bawah satu bumbung.

Pengurus Pemasaran KB-Sentral yang baru, Awang Valor Lim berkata, untuk memastikan unsur kejutan, tidak ada pengumuman sebelum melakukan aktiviti ini.

Pelanggan hanya perlu mengunjungi KBSentral, membeli-belah atau makan di kedai-kedai dan restoran di bawahnya, atau menonton wayang di KBSentral Cineplex pada bila-bila masa seperti biasa.

Gambar ramai Dayang Nurul Shahedah dan keluarganya bersama hadiah yang dimenangi.
Gambar ramai Dayang Nurul Shahedah dan keluarganya bersama hadiah yang dimenangi.

ARTIKEL YANG SAMA