Beli Celerio A+ dapat Iconia Tab

Beli Celerio A+ dapat Iconia Tab

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Boustead Sdn Bhd dan Concepts Commercial Supplier, meneruskan lagi kerjasama antara kedua-dua buah syarikat dengan menawarkan peranti Acer Iconia Tab 8W kepada pelanggan yang membeli kereta Suzuki Celerio A+.

Perasmian promosi tersebut diadakan di hadapan Dewan Pameran Cawangan Concept Computer Kiulap hari ini dan disempurnakan bersama oleh Pegawai Perhubungan Pelanggan Boustead, Crystal Celine dan Eksekutif Pemasaran Boustead, Lim Tze Yang serta Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao, Penasihat Pemasaran, Pao Jia Wan dan Eksekutif Pemasarannya, Awang Zul Abdul Rahman.

Promosi tersebut yang bermula dari 16 September hingga 31 Disember ini, adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan kedua buah syarikat dengan pemberian hadiah segera bagi setiap pembelian serta diharap menarik kesetiaan pelanggan dan pada masa yang sama mempromosikan imej korporat kedua-dua buah syarikat.

Suzuki Celerio A+ terbaru itu, dengan enjin 1 liter 3 silinder serta transmisi ‘Continous Variable Transmission’ (CVT) dapat memberikan pengalaman pemanduan yang seronok.

(Dari kiri) Lim Tze Yang, Crystal, Vincent Pao, Pao Jia Wan dan Awang Zul bersama-sama merasmikan pameran istimewa Promosi Beli Suzuki Celerio A+ dapat Acer Iconia Tab 8W di hadapan Dewan Pameran, Cawangan Concepts Computer, Kiulap, kelmarin.
(Dari kiri) Lim Tze Yang, Crystal, Vincent Pao, Pao Jia Wan dan Awang Zul bersama-sama merasmikan pameran istimewa Promosi Beli Suzuki Celerio A+ dapat Acer Iconia Tab 8W di hadapan Dewan Pameran, Cawangan Concepts Computer, Kiulap, kelmarin.

Ia disasarkan kepada pengguna di bandar yang menginginkan kereta kecil dengan personaliti besar. Sementara, Acer Iconia Tab 8W mengetengahkan spesifikasi terbaik untuk bekerja dan bermain dengan sistem operasi Windows 8.1.

Peranti berukuran 8 inci dengan skrin 1280 X 800 HD, mempunyai kuasa pemproses empat teras Intel Atom yang membolehkan ia melaksanakan pelbagai tugas secara serentak serta prestasi baik bagi permainan video, menonton video dan melayari Internet.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima perisian Office 365 terbaru daripada Microsoft selama setahun.

ARTIKEL YANG SAMA