Beli iPhone dari Big Apple Buddy

Beli iPhone dari Big Apple Buddy

NEW YORK, 17 Sept – Apple yang mengumumkan pengeluaran produk terbarunya pada 9 September, telah mencetuskan pembelian kegila-gilaan di seluruh dunia dan permintaan mendadak untuk memperoleh iPhone 6s baru, iPhone 6s Plus dan iPad Pro.

Peminat jam tangan Apple Watch juga diperkenalkan dengan warna dan reka bentuk baru, termasuk koleksi Hermes.

Malangnya, keistimewaan untuk memiliki teknologi paling canggih sebaik sahaja dilancarkan hanya milik beberapa buah negara terpilih.

Misalnya, Apple Watch hanya boleh diperoleh di 24 buah negara dan iPhone 6s baru hanya akan dikeluarkan di 12 buah negara pada mulanya, meninggalkan yang lain di belakang, termasuk Brunei.

Bagaimanapun, Big Apple Buddy, sebuah bangunan membeli-belah di New York, ditubuhkan dengan misi untuk merapatkan jurang dalam membeli-belah antarabangsa, memberikan peluang kepada sesiapa di dunia untuk membeli gajet teknologi terbaru secara langsung dari AS, termasuk produk Apple terbaru.

Proses itu amat mudah – pengguna hanya memberitahu syarikat apa yang ingin mereka beli dari Amerika dan seterusnya produk mereka akan dihantar secara peribadi ke pintu mereka.

Firma baru di New York itu telah pun memupuk pelanggan yang setia di lebih 55 buah negara di seluruh dunia. Pelanggan mereka kebanyakannya terdiri daripada profesional, yang ingin mendapatkan produk terbaru mereka dengan senang.

Peminat Apple di Brunei boleh menempah Apple Watch dengan segera menerusi Big Apple Buddy hari ini.

Syarikat itu telah bergabung dengan syarikat perkapalan, Fedex, UPS dan DHL, bermakna pelanggan boleh menerusi gajet baru mereka dalam masa seminggu.

Pengguna yang berminat dalam iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPad Pro boleh meletak nama mereka dalam senarai menunggu, dan dihubungi sebaik sahaja produk mulai dihantar di Amerika.

Apabila anda menempah produk anda menerusi Big Apple Buddy, anda akan mengalami pengalaman membeli-belah yang tersendiri.

Syarikat itu mengendali keseluruhan proses untuk pelanggan daripada tempahan kepada penyerahan. Mereka akan mencari barangan secepat mungkin, memeriksa dan membungkus semula barangan sebaik sahaja tiba di syarikat mereka, menyedia kesemua dokumen kastam yang perlu dan menghantar bungkusan itu ke pintu rumah anda.

ARTIKEL YANG SAMA